My Add

Monday 3 December 2012

Pakatan pembangkang lemah, tak sepakat

*ANGGOTA Parti Progresif Penduduk (PPP) melafaz ikrar Rukun Negara pada majlis perasmian perhimpunan agung parti itu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, semalam. - UTUSAN/MOHD. NOOR MAT AMIN
Oleh MOHD. ASRON MUSTAPHA dan KASTHURI JEEVENDRAN
KUALA LUMPUR, AHAD, 02 Disember, 2012: Parti Keadilan Rakyat (PKR) didakwa menjadi orang tengah bagi memastikan DAP dan Pas tidak bercerai 'talak tiga' sekurang-kurangnya sehingga agenda merampas Putrajaya tercapai.

Ini berikutan perjuangan Pas mahu merealisasikan pelaksanaan negara Islam dan hukum hudud manakala DAP mahu terus memperjuangkan negara sekular.

Presiden parti Progresif Penduduk (PPP), Datuk Seri M. Kayveas (gambar) berkata, komponen parti pembangkang adalah sangat lemah kerana tidak mempunyai sebarang kesepakatan dan toleransi malah sedang berjalan di atas titi yang rapuh.

"DAP merupakan musuh ketat Pas suatu ketika dahulu kerana agenda serta perjuangan yang berlainan tetapi demi kuasa, mereka bersama-sama menjalin ikatan yang cukup lemah semata-mata untuk merampas Putrajaya," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dasar dalam Perhimpunan Agung PPP ke-59 bertemakan 'BN Tidak Akan Kecewakan Rakyat' di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak merasmikan perhimpunan tersebut yang turut dihadiri bekas Perdana Menteri; Tun Dr. Mahathir Mohamad, Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang dan Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Menurut Kayveas, pembangkang diyakini tidak mampu menandingi kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN) yang berupaya mengotakan janji kepada rakyat setelah 55 tahun mentadbir negara.

"Pembangkang tidak boleh menandingi kekuatan BN, mereka sebuah ikatan yang cukup lemah.

"Apa yang pembangkang lakukan ialah tabur janji, memburuk-burukkan dan tidak langsung menyatakan kebaikan yang dilakukan kerajaan," tegasnya.

Tambahnya, rakyat juga semakin muak dan bosan dengan ideologi politik pembangkang yang mengatasi kebajikan dan kepentingan rakyat sehingga menafikan kebaikan kerajaan.

"Pembangkang hanya boleh berjanji bulan dan bintang selain pendustaan yang berpanjangan manakala BN berterusan melakukan transformasi untuk mengembalikan keyakinan rakyat," ujarnya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment