My Add

Monday 3 December 2012

Pakistan rampas 13,900 tan bahan buat bom

QUETTA, Pakistan , ISNIN, 03 Disember, 2012: Pihak berkuasa Pakistan merampas hampir 14 tan bahan kimia Pottasium Chlorate yang boleh digunakan untuk membuat bom, dalam sebuah bas di tenggara negara ini, semalam

Menurut pegawai polis, Johan Sarwar, rampasan itu dilakukan selepas polis menahan sebuah bas yang sarat dengan pelbagai barangan di luar bandar Quetta.

"Kesemua bahan kimia tersebut ditemukan di bawah karton makanan dan polis turut menahan lima suspek dalam kejadian itu," katanya.

Ketika ditahan, bas tersebut dalam perjalanan ke pekan Naushki, kira-kira 110 kilometer ke barat Quetta. - AFP

No comments:

Post a Comment