My Add

Saturday 8 December 2012

Palestin sanjung rakyat Malaysia

Oleh Mohd. Hazli Hassan
 *ANGGOTA misi bantuan dari malaysia disambut mesra oleh jemaah masjid
Palestin, Gaza selepas solat jumaat, semalam.
GAZA, Palestin, JUMAAT, 07 Disember, 2012: Ungkapan ‘Malaysia’ yang disebut beberapa kali dalam khutbah Jumaat yang dibacakan Menteri Belia, Sukan dan Kebudayaan Palestin, Dr. Muhammad Ad-Dahnun memberi semangat baru kepada sukarelawan Misi Solidariti Gaza 2012 hari ini.

Khutbah Jumaat berkenaan dibacakan ketika sukarelawan misi ke Gaza anjuran Aman Palestin menunaikan solat Jumaat di Masjid Palestin di sini.

Mengulas mengenai khutbah berkenaan, Dr. Muhammad menerangkan, beliau amat berterima kasih terhadap rakyat Malaysia yang sentiasa prihatin terhadap kesengsaraan rakyat Palestin akibat kekejaman Israel.

“Kami ditindas di bumi sendiri, namun ada saudara Islam kami terus memberikan bantuan. Kami amat berterima kasih terhadap rakyat Malaysia.’’

‘‘Sokongan moral dan bantuan dana yang kami terima memberi kami semangat untuk terus berjuang demi mempertahankan tanah air kami," katanya yang turut mengimamkan solat Jumaat.

Sementara itu, sepanjang jalan ke masjid itu, sukarelawan turut diberi penerangan ringkas oleh Ketua Pegawai Eksekutif Aman Palestin, Awang Suffian Awalng Piut mengenai kekejaman rejim Zionis yang mengebom banyak bangunan sekitar bandar Gaza.

“Bukan bangunan sahaja yang dibom, malah tanah kosong turut menjadi mangsa peluru berpandu mereka.

“Ini berikutan Israel sentiasa takut dengan mengatakan kawasan kosong itu, mempunyai lokasi pelancaran peluru berpandu tentera Al-Qassam.

“Yang peliknya, kubur para syuhada juga dibom disebabkan kebodohan mereka sendiri," katanya ketika dalam perjalanan ke Masjid Palestin di sini.

Selepas itu para sukarelawan turut dibawa melawat lokasi kompleks pejabat Kabinet Palestin yang menempatkan pejabat Perdana Menteri Palestin, Ismail Haniyeh yang musnah dibom rejim Zionis.

Sukarelawan juga dibawa melawat rumah keluarga Al-Dalo yang turut musnah dibom Yahudi sehingga mengorbankan 14 ahli keluarga mereka termasuk empat kanak-kanak.

Menurut jiran keluarga Al-Dalo, kawasan itu dibom ekoran rejim Israel percaya salah seorang daripada anak lelaki keluarga itu yang merupakan anggota Briged Al-Qassam telah melancarkan roket ke Israel.

“Namun hakikatnya, lelaki yang disyaki itu, Muhammad Jamal Al-Dalo balik ke rumah tanpa senjata. Dia hanya berjihad di kawasan ketenteraan dan bukan melancarkan roket di kawasan penempatan penduduk awam.

“Dan yang paling menyedihkan, empat kanak-kanak yang tidak berdosa turut syahid dalam serangan itu," kata mereka.

Laporan langsung Misi Solidariti Gaza 2012 ini dilaporkan secara langsung di http://live.utusan.com.my/. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment