My Add

Wednesday 12 December 2012

Papa: Pikap tidak patut lindungi agensi

KUALA LUMPUR, SELASA, 11 Disember, 2012: Persatuan Agensi Pembantu Rumah Asing (Papa) mengingatkan Pertubuhan Kebangsaan Agensi Pekerjaan (Pikap) agar tidak melindungi agensi pekerjaan berdaftar di bawahnya dalam isu pemerdagangan orang yang kini disiasat polis dan Jabatan Imigresen.

Presiden Papa, Jeffrey Foo berkata, agensi pekerjaan perlu memberikan ruang kepada pihak berkuasa untuk menentukan sama ada 105 wanita warga asing yang diselamatkan di Bandar Baru Klang oleh Jabatan Imigresen Selangor 1 Disember lalu diperdagangkan atau tidak.

"Papa mendapat maklumat ada di antara pekerja Indonesia yang diselamatkan merupakan pekerja bawah umur. Malah, ada seorang gadis berumur 14 tahun diselamatkan. Ini sesuatu yang mengejutkan dan bukti pemerdagangan orang!

"Kami berpendapat Pikap tidak perlu melindungi ahlinya kerana perkara itu kini diurus polis dan Jabatan Imigresen," katanya dalam satu kenyataan hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment