My Add

Tuesday 18 December 2012

Parti Chavez ungguli pilihan raya Gabenor Venezuela

CARACAS, SELASA, 18 Disember, 2012: Presiden Venezuela, Hugo Chavez yang bergelut dengan penyakit barah terus mengukuhkan kedudukannya di negara ini selepas Parti Sosialis memenangi pilihan raya gabenor yang diadakan kelmarin dengan majoriti besar mengetepikan pembangkang.

Parti Sosialis menang di 20 negeri manakala pembangkang hanya menang tiga termasuk pencabar utama Chavez, Henrique Capriles yang berjaya mempertahankan kedudukannya sebagai gabenor negeri Miranda.

Capriles mengaku kekalahan itu merupakan `detik sukar’ buat parti pembangkang namun tetap optimis tentang peluang partinya pada masa akan datang. - AFP

No comments:

Post a Comment