My Add

Saturday 15 December 2012

Pas: Calon PM Pakatan diketahui selepas penamaan calon

 Mustafa Ali
 GEORGETOWN, SABTU, 15 Disember, 2012: Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali berkata, calon yang layak dipilih sebagai perdana menteri dalam Pakatan Rakyat (PR) hanya boleh diputuskan selepas proses penamaan calon pilihan raya umum ke-13 kelak.

Beliau berkata, calon perdana menteri itu mesti dipilih dalam kalangan calon yang bertanding dan menang dalam pilihan raya berkenaan.

"Saya fikir masa paling baik untuk mengumumkannya ialah selepas penamaan calon kerana orang yang mahu menjadi perdana menteri perlu dipilih. Dia mesti jadi calon (pilihan raya) dan menang baru boleh (dipilih jadi perdana menteri)," katanya kepada pemberita pada Kongres Kebangsaan DAP ke-16 di sini, hari ini.

Mustafa diminta mengulas pandangan Pengerusi DAP Karpal Singh yang mengulangi sokongannya kepada ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi perdana menteri jika pembangkang berjaya menawan Putrajaya dalam pilihan raya umum akan datang.

Karpal berkata demikian dalam ucapan aluannya pada kongres itu.

Mustafa berkata, Pas masih belum boleh memberi kata putus berhubung perkara berkenaan dan tidak pasti sama ada sokongan Karpal itu merupakan pendirian DAP. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment