My Add

Friday 14 December 2012

Pas dikecam gagal bela nasib keluarga mangsa Memali

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 13 Disember, 2012: Kerajaan Pas Kedah dikecam ekoran kegagalan menyalurkan sumbangan dan melaksanakan tanggungjawab sepatutnya untuk membela nasib keluarga mangsa Memali yang masih hidup dalam serba kekurangan dan kedaifan.

Pemimpin Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) Kedah, Zamil Ibrahim berkata, sepanjang empat tahun pemerintahan parti itu di negeri tersebut, tidak ada sebarang bentuk bantuan telah disalurkan sedangkan mereka pernah dijadikan bahan politik untuk meraih simpati rakyat.

Lebih mendukacitakan, jelas Zamil, masyarakat Memali itu merupakan satu kumpulan penyokong taksub Pas yang kononnya memperjuangkan Islam sehingga terpengaruh dengan ‘dakyah’ amanat Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang dicetuskan lebih dua dekad lalu.

‘‘Kita mahu bertanya apakah sumbangan Kerajaan Pas Negeri Kedah kepada keluarga Memali sedangkan mereka sudah mempunyai kuasa untuk berbuat demikian? - UTUSAN

No comments:

Post a Comment