Pas jejas imej hudud kepada bukan Islam
*BEBERAPA ahli parti Gerakan cawangan Negeri Sembilan mencuci dan memotong rambut di sebuah kedai gunting sebagai mencabar undang-undang kerajaan negeri di Kota Bharu, semalam. - BERNAMA
KOTA BHARU, SELASA, 11 Disember, 2012: Kontroversi pelaksanaan undang-undang Islam terhadap bukan Islam di negeri ini yang hangat diperkatakan dalam akhbar berbahasa Inggeris ketika ini telah menjejaskan imej agama suci tersebut.
Setiausaha Barisan Nasional (BN) Kelantan, Datuk Md. Alwi Che Ahmad berkata, isu tersebut timbul disebabkan kegagalan kerajaan Pas Kelantan memberikan kefahaman tentang undang-undang Islam sebelum ia dilaksanakan.
Beliau berkata, sewajarnya kerajaan negeri perlu berhati-hati ketika merangka dan melaksanakan undang-undang berkaitan Islam agar ia tidak disalahtafsirkan oleh masyarakat bukan Islam di negara ini. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment