My Add

Saturday 15 December 2012

Pasang Sistem Pengesan Vesel

Oleh ABDUL YAZID ALIAS

 *NOH Omar (kanan) menyampaikan elaun sara hidup nelayan pada majlis
 perasmian Kompleks Agro-Tourism LKIM dan Pasar Nelayan di Kampung 
Sungai Yu, Kuala Selangor, semalam. - UTUSAN/SAHARUDDIN ABDULLAH

KUALA SELANGOR, JUMAAT, 14 Disember, 2012: Kerajaan merancang untuk mewajibkan semua nelayan Zon B di seluruh negara memasang Sistem Pengesan Vesel (VTS) pada tahun depan.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar berkata, langkah itu adalah salah satu usaha kementerian untuk menyelesaikan masalah pencerobohan nelayan zon tersebut ke kawasan tangkapan nelayan Zon A iaitu melibatkan perairan kurang lima batu nautika dari pantai.

Kata beliau, pihaknya menerima banyak aduan daripada nelayan Zon A di seluruh negara mengenai masalah tersebut kerana pencerobohan nelayan Zon B boleh menjejaskan pendapatan nelayan terbabit. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment