My Add

Saturday 15 December 2012

Pasangan kembar antara tiga suspek diburu polis

MARANG, JUMAAT, 14 Disember, 2012: Polis sedang memburu tiga lelaki, termasuk pasangan kembar yang dipercayai terlibat dalam beberapa kes jenayah di sekitar daerah ini.

Mereka yang dicari ialah Mohd. Julaidi Abd. Ghani, 36, atau dikenali dengan nama panggilan 'Di Siput' beralamat di Sungai Serai, Binjai Rendah dekat sini manakala pasangan kembar berkenaan ialah Romizan dan Romizi Mohamad, 20, yang beralamat di Kampung Pantai Seberang Marang.

Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Ahmad Mazlan Yahaya berkata, ketiga-tiga suspek yang diburu dipercayai terlibat dalam beberapa kejadian pecah rumah, curi motosikal dan samun.

"Polis menyiarkan gambar ketiga-tiga suspek bagi membantu orang ramai mengesan mereka dan kita yakin mereka dapat menyelesaikan kes-kes jenayah yang berlaku sejak kebelakangan ini," katanya ditemui di sini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment