My Add

Thursday 20 December 2012

Pasangan kembar hadapi penyakit mudah lesu peroleh 9A

PADANG TERAP, RABU, 19 Disember, 2012: Pasangan kembar yang menghidap penyakit Thalassemia Major berjaya membuktikan pesakit yang menderita penyakit tersebut juga berjaya memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR).

Walaupun sering letih dan lesu akibat penyakit tersebut, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato Syed Ahmad, Ainul Yakin Lokman, 15 dan adiknya, Ainul Asyraf, 15 memperoleh 9A hasil kegigihan mereka mengulangkaji pelajaran sekurang-kurangnya lima jam setiap hari.

Kedua-dua mereka mendapat A bagi matapelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Geografi, Bahasa Arab, Pendidikan Islam, Matematik, Sains dan Kemahiran Teknikal.

Ainul Yakin berkata, setiap hari dia dan adiknya perlu mengambil ubat dan antara masalah yang sering dihadapi mereka ketika di dalam kelas ialah berasa mengantuk dan letih. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment