Oleh NORLAILI ABD. RAHMAN
*S. Choudhury (kiri) memberi taklimat kepada media dan pegawai-pegaw
ai MIDA mengenai operasi Vigilenz di kilangnya di Bayan Lepas, Pulau
Pinang baru-baru ini.
|
GEORGE TOWN, AHAD, 23 Disember, 2012: "Bagaimana mahu menjadi juara dunia sedangkan pasaran tempatan tidak memberi sokongan yang sewajarnya?", demikian luahan Ketua Pegawai Eksekutif Vigilenz Medical Devices Sdn. Bhd. (Vigilenz), S. Choudhury.
Vigilenz, syarikat pengeluar peralatan perubatan milik penuh anak tempatan itu sudah menguasai beberapa pasaran antarabangsa seperti Arab Saudi, Turki, Thailand, Bangladesh dan Indonesia itu hanya memperolehi kira-kira 30 peratus pendapatan daripada negara sendiri.
"Kami mempunyai produk-produk yang mempunyai standard global dan membelanjakan kira-kira 12 peratus daripada perolehan setiap tahun untuk penyelidikan dan pembangunan (R&D) namun agak sukar untuk mendapat kepercayaan daripada pengamal perubatan tempatan, malah harga kami jauh lebih kompetitif berbanding pengeluar antarabangsa," katanya kepada media semasa lawatan ke kilangnya dekat sini, baru-baru ini. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment