My Add

Monday 10 December 2012

PBB lancar rayuan bantuan global untuk mangsa Taufan Bopha

MANILA, ISNIN, 10 Diseember, 2012: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menetapkan untuk melancarkan rayuan bantuan global bagi jutaan mangsa taufan Filipina apabila angka kematian kini dilaporkan melonjak sehingga 600 orang, manakala 800 orang lagi masih hilang.

Penyelaras Kemanusiaan PBB, Luiza Carvalho akan menggariskan pelan untuk pakej bantuan segera serta sokongan jangka panjang bagi wilayah selatan Mindanao, iaitu kawasan paling teruk terjejas dilanda Taufan Bopha, kata jurucakap PBB, Imogen Wall.

"Lima juta penduduk terjejas dan mereka memerlukan bantuan segera," kata Wall, jurucakap Pejabat PBB bagi Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan.

"Keperluan utama mereka adalah makanan, air dan tempat tinggal namun terdapat juga penekanan yang besar untuk membantu kehidupan rakyat," katanya.

"Ramai petani kehilangan tanaman mereka. Oleh itu, mereka perlu untuk mendapatkan wang dengan segera bagi memulihkan aktiviti pertanian di kawasan yang terjejas teruk," katanya. - AFP

No comments:

Post a Comment