My Add

Thursday 20 December 2012

PBB tentukan penghantaran misi pengaman di Mali

NEW YORK, KHAMIS, 20 Disember, 2012: Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) hari ini akan mengundi bagi menentukan penghantaran misi tentera pengaman Afrika ke Mali bagi membendung ancaman militan al-Qaeda.

Diplomat PBB berkata, Perancis dijangka mengemukakan resolusi versi barunya mengenai Mali hari ini untuk pertimbangan 14 engara anggota Majlis Keselamatan.

Rundingan mengenai Mali antara PBB dengan Amerika Syarikat (AS) sudah berlarutan beberapa minggu dan diplomat menyatakan kebimbangannya mengenai keupayaan tentera Afrika Barat untuk berdepan dengan pejuang al-Qaeda.

Pemberontak dari kalangan kumpulan pemisah Islam merampas kuasa tentera di Mali pada mac lalu dan memerintah hampir separuh bahagian utara Mali ketika ini.

AS dan Perancis dilaporkan berjaya mencapai persetujuan dan satu proses pengundian diadakan hari ini sama ada penghantaran tentera antarabangsa ke Mali boleh dilakukan dalam dua peringkat. - AFP

No comments:

Post a Comment