My Add

Thursday 13 December 2012

PDRM bongkar 31 makmal

Oleh ANGELINA SINYANG
KUALA LUMPUR,RABU, 12 Disember, 2012: Modal sedikit tetapi keuntungan diperoleh cukup lumayan sehingga mampu bergelar jutawan dikenal pasti punca sindiket pengedaran membuka makmal memproses dadah di negara ini.

Kegiatan sindiket itu terbukti berdasarkan statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang merekodkan pembongkaran sebanyak 31 makmal memproses dadah milik sindiket tempatan dan asing berjaya ditumpaskan sejak Januari hingga September lalu.

Dalam tempoh sama, seramai 112 anggota sindiket yang terlibat dalam kegiatan memproses dadah di makmal berkenaan telah ditangkap.

Pembongkaran makmal dan tangkapan anggota sindiket terbabit bagaimanapun tidak menakutkan pengedar dadah lain untuk meneruskan kegiatan haram itu kerana menyedari ‘perniagaan’ dijalankan amat menguntungkan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata, meskipun pihaknya memperhebatkan operasi terhadap sindiket pengedaran dadah, kegiatan haram itu masih sukar dibendung kerana akan wujud sindiket baharu. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment