My Add

Friday 7 December 2012

Pegawai LPTA ditempatkan di kilang Lynas kawal selia proses bahan 

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 07 Disember, 2012: Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (LPTA) telah menempatkan pegawainya di premis kilang Lynas sepenuh masa bagi mengawalselia secara berterusan setiap peringkat proses ujian bahan mula pekatan lantanid.

LPTA dalam satu kenyataan berkata ia perlu untuk memastikan segala keperluan undang-undang kebangsaan dan standard keselamatan serta amalan terpuji antarabangsa dipatuhi sepenuhnya.

"Kawalseliaan secara berterusan juga dilaksanakan ke atas aktiviti pengimportan bahan mula pekatan lantanid ke Malaysia," kata kenyataan itu di sini hari ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment