My Add

Wednesday 12 December 2012

Pelancaran roket Korea Utara ditangguh 10 hari

WASHINGTON, RABU, 11 Diseember, 2012: Rancangan Korea Utara untuk melancarkan roket jarak jauh mungkin tertangguh selama 10 hari selepas ia dilaporkan mengalami masalah teknikal, kata institut pendidikan di sini.

Gambar satelit menunjukkan aktiviti di tapak Sohae di pantai barat laut dikatakan berkaitan dengan pemindahan roket daripada landasan pelancar untuk dibaiki.

Analisis daripada 38 North, laman sesawang Kajian Antarabangsa di Universiti John Hopkins meramalkan kerja pemindahan roket Unha-3 dijangka mengambil masa sehingga esok dan lebih seminggu untuk dibaiki bermakna pelancaran mungkin dibuat sebelum 21 atau 22 Disember ini. - AP

No comments:

Post a Comment