My Add

Tuesday 4 December 2012

Pelantar minyak condong, 90 cedera

*SEBUAH pelantar sokongan (kiri) yang sedang dibina di Limbungan Kapal
Jurong, Singapura tiba-tiba condong mengakibatkan 90 pekerja cedera,
 semalam. - AGENSI

SINGAPURA, ISNIN, 03 Disember, 2012: Sekurang-kurangnya 90 pekerja cedera apabila sebuah pelantar minyak yang sedang dibina di Limbungan Kapal Jurong di sini, tiba-tiba condong selepas satu daripada mekanisme yang menjaga keseimbangannya tidak berfungsi, hari ini.

Menurut Kementerian Sumber Manusia, seorang daripada mangsa berada dalam keadaan kritikal, manakala 22 orang lagi cedera parah.

"Siasatan awal mendapati, mekanisme jek di satu daripada tiga kaki pelantar minyak itu gagal berfungsi, menyebabkan pelantar tersebut condong.

"Sebanyak 90 pekerja yang cedera dihantar ke empat hospital dengan seorang daripada mereka berada dalam keadan kritikal dan 22 orang lagi cedera parah,'' jelas kementerian itu dalam satu kenyataan.

Kementerian itu berkata, semua kerja di pelantar minyak itu telah dihentikan.

Laporan media tempatan yang memetik pekerja sebagai berkata, mereka mendengar letupan kuat dan melihat kabel terputus ketika pelantar minyak itu condong.

Jurong Shipyard Pte Ltd merupakan syarikat milik penuh Sembcorp Marine Ltd, sebuah daripada dua pembina pelantar minyak terbesar di Singapura, selain Keppel Corp. - AFP

No comments:

Post a Comment