My Add

Friday 7 December 2012

Pelantikan PPP di luar negara mudahkan urusan pendaftaran pemilih

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 06 Disember, 2012: Tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melantik Penolong Pendaftar Pemilih (PPP) di luar negara akan memudahkan urusan pendaftaran pemilih bagi rakyat Malaysia termasuk dalam kalangan pelajar sepenuh masa.

Setiausahanya, Datuk Kamaruddin Mohamed Baria berkata, kesemua PPP yang dilantik terdiri daripada pegawai-pegawai di Pejabat Kedutaan, Suruhanjaya Tinggi dan Konsulat Jeneral.

“SPR juga memudahkan urusan penghantaran borang pendaftaran pemilih (borang A) melalui beberapa kaedah termasuk menghantar sendiri, pos atau wakil iaitu pemohon lain yang hendak menghantar permohonan kepada PPP yang dilantik SPR di pejabat perwakilan di luar negara.

“Bagi pelajar sepenuh masa, borang A yang lengkap perlu disertakan dengan salinan MyKad atau pasport dan salinan kad pelajar atau surat pengesahan pelajar sepenuh masa," katanya dalam kenyataan di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment