My Add

Monday 17 December 2012

Pelantikan Zairil, Dr. Ariffin simbolik perjuangan parti?

PULAU PINANG, AHAD, 16 Disember, 2012: Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menegaskan pelantikan Zairil Khir Johari dan Dr. Ariffin S.M. Omar dalam Jawatankuasa Kerja Pusat DAP 2012 hingga 2015 merupakan 'simbolik' kepada perjuangan parti berkenaan.

Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata, kedua pemimpin itu dipilih adalah kerana kebolehan mereka serta diyakini mampu memberi sumbangan penting kepada survival parti berkenaan untuk diterima masyarakat bukan Cina khususnya orang Melayu.

"Pelantikan mereka berperanan untuk mendekati rakyat yang merentasi sempadan perkauman.

"Kita lantik kerana kebolehan mereka namun saya tidak nafikan pelantikan Ariffin juga adalah kerana beliau seorang cendekiawan," katanya pada sidang akhbar selepas Kongres DAP Kebangsaan Ke-16, di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment