My Add

Wednesday 12 December 2012

Pelarian Syria melebihi setengah juta

GENEVA, RABU,12 Disember, 2012: Lebih setengah juta pelarian Syria kini telah berdaftar atau masih menunggu giliran pendaftaran di pusat-pusat pelarian yang disediakan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) dalam kenyataannya semalam berkata, seramai 509,559 penduduk Syria telah ditempatkan di pusat pelarian di Lebanon, Iraq, Turki dan Afrika Utara.

Jumlah pelarian yang telah berdaftar iaitu 425,160 orang, meningkat kira-kira 3,200 orang setiap hari pada bulan lalu dan hampir 1,000 penduduk Syria dilapor memasuki Jordan pada dua hari lepas. - REUTERS

No comments:

Post a Comment