My Add

Tuesday 4 December 2012

Pemandu bas maut, 10 penumpang cedera
KAMPAR, SELASA, 04 Disember, 2012: Seorang pemandu bas terbunuh manakala 10 penumpang cedera apabila bas yang mereka naiki dipercayai merempuh belakang treler di Km 304.6 Lebuhraya Utara-Selatan menghala ke utara berhampiran Gopeng tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kampar, Supt. Ng Kong Soon berkata, pemandu itu, Abdul Rahim Musa, 57, dari Rumah Pangsa, Jalan Hospital, Ipoh terbunuh di tempat kejadian dalam kemalangan 12.40 malam itu.

Mayatnya dihantar ke Hospital Kampar untuk bedah siasat manakala 10 mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh, katanya.

Bas tersebut yang membawa 13 penumpang sedang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menuju Ipoh dilaporkan merempuh belakang treler di hadapanya ketika mendaki bukit. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment