My Add

Wednesday 5 December 2012

Pemandu maut, 10 penumpang cedera

*KEADAAN bas ekspres yang merempuh sebuah treler mengakibatkan pemandu bas maut manakala 10 penumpang cedera dalam kemalangan di KM304.6, Lebuh Raya Utara Selatan menghala utara berhampiran Gopeng, tengah malam semalam. - BERNAMA

Oleh AMIZUL TUNIZAR AHMAD TERMIZI dan KHAIRUL ABIDIN NUAR
KAMPAR, SELASA, 04 Disember, 2012: Seorang pemandu bas ekspres terbunuh manakala 10 penumpang cedera setelah kenderaan tersebut merempuh belakang sebuah treler membawa muatan air mineral di Kilometer 304.6, Lebuh Raya Utara Selatan, berdekatan Gua Tempurung tengah malam tadi.

Kejadian itu berlaku berhampiran nahas meragut nyawa seorang pelajar Kolej Tunku Abdul Rahman (KTAR) akibat dirempuh sebuah bas ekspres 1 Disember lalu selain empat pekerja Projek Penyelenggaraan Lebuh Raya Berhad (Propel) yang dirempuh sebuah treler pada 21 November lalu.

'Saya tersedar sewaktu bas itu dipandu laju'

IPOH:"Saya tersedar sewaktu bas itu dipandu laju. Sebelum itu saya mengantuk dan hanya 'tidur-tidur ayam'. Tiba-tiba sahaja bas dipandu perlahan dan kasut yang saya gantung di tempat duduk tercampak.

"Apabila saya ingin mengambilnya, rasa seperti berminyak, maknanya ada kebocoran minyak pada bas tersebut. Saya dengar orang menangis dan menjerit. Apabila saya berjalan ke tempat pemandu, saya lihat dia tersepit meminta tolong, tangannya diangkat tapi tidak boleh bangun."

Nor Atiqah Zanian, 24, salah seorang mangsa yang terselamat dalam nahas menceritakan bagaimana bas ekspres dinaikinya merempuh belakang sebuah treler di Lebuh Raya Utara Selatan berdekatan Gua Tempurung awal pagi ini.
Dia yang bekerja di sebuah hotel bajet di sini mengalami luka di tekak, selain gigi patah dan pecah mulut. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment