My Add

Thursday 6 December 2012

Pemandu miliki GDL tidak perlu bayar fi berlainan

PUTRAJAYA, KHAMIS, 06 Disember, 2012: Pemandu lori dan bas yang memiliki Lesen Kenderaan Perdagangan (GDL) dan Kenderaan Pengangkutan Awam (PSV) mulai 15 Januari depan tidak lagi perlu membayar fi tahunan yang berlainan untuk kedua-dua lesen tersebut,

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha berkata, pemandu yang memegang kedua-dua lesen GDL dan PSV sebaliknya hanya perlu membayar fi untuk satu lesen sahaja.

"Sebelum ini pemandu lori yang juga memandu bas perlu membayar RM40 iaitu masing-masing RM20 untuk GDL dan PSV.

"Kerajaan bagaimanapun bersetuju untuk menyeragamkan fi untuk kedua-dua lesen ini di mana mereka hanya perlu membayar RM20 setahun untuk kedua-dua lesen,’’ katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment