My Add

Friday 7 December 2012

Pemasangan kamera AES tidak perlu campur tangan politik

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 06 Disember, 201: Pemasangan kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) harus diteruskan tanpa campur tangan mana-mana parti politik kerana perkara itu melibatkan keselamatan nyawa pengguna jalan raya.

Pengerusi Kelab Marshal Keselamatan Jalan Raya, K. Bala Supramaniam berkata, pihak-pihak terbabit seharusnya sedar nyawa orang awam adalah lebih diutamakan berbanding dengan kepentingan politik parti.

"Keutamaan pemasangan kamera AES ini adalah untuk menjamin keselamatan pengguna jalan raya dan ini yang harus difahami oleh semua pihak.

"Jika sistem kamera tersebut dirobohkan, ia akan mengundang kesukaran pihak berkuasa untuk memantau jalan raya dan meningkatkan risiko kemalangan pengguna awam," katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment