My Add

Tuesday 18 December 2012

Pembiayaan kasar Bank Muamalat melepasi paras RM10b

KUALA LUMPUR, SELASA, 18 Disember, 2012: Bank Muamalat Malaysia Bhd (BMMB) mencatatkan pembiayaan kasar RM10.1 bilion bagi tempoh separuh pertama berakhir 30 Sept, 2012.

Pencapaian itu mencatatkan sejarah tersendiri bank itu dan bersamaan dengan pertumbuhan tahun ke tahun 24.9 peratus.

Keuntungan pracukainya semasa separuh pertama itu dicatatkan RM120.2 juta, iaitu hampir mencecah prestasi tahun penuh 2011/2012 berakhir Mac yang sebanyak RM123.5 juta, berikutan peningkatan sumbangan dari pendapatan operasi lebih besar dan peningkatan berterusan kutipan dan kutipan balik," kata Bank Muamalat dalam satu kenyataan.

"Portfolio pelanggan kami meningkat lebih pantas daripada jangkaan walau pun berada di dalam pasaran yang kompetitif. "Sama juga, kualiti aset kami terus meningkat berbanding pelaporan terakhir kami pada Jun 2012," kata Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Mohd Redza Shah Abdul Wahid. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment