My Add

Saturday 8 December 2012

Pemimpin Hamas dalam buangan lawat Gaza

GAZA CITY, SABTU, 08 Disember, 2012: Pemimpin Hamas, Khaled Mashaal tiba di Tebing Gaza semalam buat kali pertama selepas bertahun-tahun hidup dalam buangan.

Mashaal turut mencium tanah sebaik-baik sahaja memasuki Gaza, selepas melalui sempadan Rafah menyeberangi Mesir.

Kedatangan beliau disambut oleh Perdana Menteri Hamas, Ismail Haniya dan beberapa pemimpin Palestin yang lain, termasuk wakil daripada kerajaan Fatah pimpinan Presiden Mahmoud Abbas.

Lawatan Mashaal itu meraikan ulang tahun ke-25 penubuhan pergerakan Hamas dan diadakan beberapa minggu selepas perjanjian damai antara kumpulan itu dan Israel yang mengakhiri konflik selama lapan hari pada bulan lalu. - DPA

No comments:

Post a Comment