Pemimpin Kristian perlu main peranan tingkat hubungan agama, kaum
PETALING JAYA, SELASA, 25 Disember, 2012: Datuk Seri Najib Tun Razak menyeru pemimpin-pemimpin Kristian memainkan peranan aktif dalam meningkatkan hubungan antara agama dan kaum di negara ini.
Menurut Perdana Menteri, peranan itu penting seiring dengan hasrat kerajaan menyatupadukan masyarakat berbilang kaum.
Sebagai contoh tiga tahun lalu, kita telah mewujudkan dialog berterusan menerusi Jawatankuasa Mempromosikan Persefahaman dan Keharmonian Antara Penganut Agama. Oleh yang demikian, pemimpin-pemimpin Kristian perlu memainkan peranan aktif meningkatkan hubungan antara agama.
Tidak ada sesiapa yang perlu bimbang dengan dialog yang membina itu kerana sikap hormat dan saling menghargai dapat dibentuk jika kita saling memahami antara satu sama lain," katanya.
Beliau berucap dalam majlis minum petang sempena sambutan Hari Krismas di Pusat Luther, dekat sini hari ini.
Yang turut hadir, isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor serta barisan Kabinet dan pemimpin pembangkang. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment