My Add

Monday 10 December 2012

Pemuda Amerika Syarikat tekad dalami agama Islam di Malaysia

Oleh SHARAIMEI SHAIK AHMEDULLAH

 *ROBERT Paulding Rovers (dua dari kanan) melafazkan dua kalimah syahadah 
di hadapan Ahmad Rijal Ghazali sambil disaksikan disaksikan jemaah lain
 selepas solat Jumaat di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya,
baru-baru ini.

PUTRAJAYA, AHAD, 09 Disember, 2012: Seorang saudara baru dari Amerika Syarikat, Robert Paulding Rovers yang mendapat hidayah di bumi Malaysia menyifatkan penghijrahannya ke dalam Islam sebagai kurniaan paling bermakna dan berharga dalam hidupnya.

Rovers atau nama Islamnya, Abdul Rahim Abdullah, 32, berkata, selepas mengembara di seluruh pelosok dunia selama empat tahun semata-mata untuk mengkaji agama Islam dan mencari erti kehidupan, dia tidak menyangka akan menerima hidayah di sini.

Katanya, kehidupan masyarakat di Malaysia yang hidup dalam suasana aman dan harmoni serta mengekalkan kehidupan sederhana membuatkannya lebih mudah menerima Islam. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment