My Add

Sunday 9 December 2012

Pemuda lemas terjatuh sungai di Bachok

BACHOKAHAD, 09 Disember, 2012: Seorang pemuda ditemui lemas selepas terjatuh ke dalam Sungai Tawang berhampiran rumahnya di sini, hari ini.

Mayat Khairul Azmi Zulkifli, 26, ditemui kira-kira 200 meter daripada tempat dia terjatuh pada 12.10 tengah hari.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bachok, Ahmad Zakaruddin Berahim berkata, pihaknya menerima panggilan pada 10.30 pagi dan bergegas ke tempat kejadian bersama lima anggota.

"Kita turut menghubungi Unit Skuba Balai Bomba dan Penyelamat Kelantan yang menghantar 11 anggotanya untuk membantu usaha menyelamat,” katanya di sini hari ini.

Katanya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian untuk bedah siasat.

Sementara itu, seorang saksi, Mohd Zawawi Che Min, 44 berkata beliau hanya mampu melihat mangsa yang tenggelam timbul di permukaan air dan tidak sempat untuk memberikan bantuan.

"Saya menghubungi petugas Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia untuk menutup pintu air yang terletak kira-kira 500 meter dari tempat kejadian bagi mengelak mangsa hanyut lebih jauh,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment