My Add

Friday 7 December 2012

Pemuda MIC dan NGO serah memorandum bantahan roboh kuil

SHAH ALAM, JUMAAT, 07 Disember, 2012: Kira-kira 300 anggota Pemuda MIC dan wakil badan bukan kerajaan (NGO) berhimpun secara aman di pekarangan Bangunan Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri bagi membantah tindakan kerajaan Selangor meroboh kuil di Taman Seroja Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang 20 Nov lepas.

Kumpulan itu yang diketuai Ketua Pemuda MIC T.Mohan mempersoalkan tindakan kerajaan Selangor terburu-buru merobohkan rumah ibadat kaum Hindu dan melarang pembinaan rumah ibadat bukan Islam berhampiran kawasan kediaman.

"Adakah salah mendirikan tempat beribadat di kawasan rumah untuk tujuan bersembahyang bersama keluarga?" katanya kepada pemberita selepas menyerahkan memorandum bantahan kepada Abdul Razak Ismail, pembantu khas exco kerajaan Selangor Dr Xavier Jayakumar, di pintu masuk SUK.

Mohan berkata, mereka mendesak kerajaan negeri membina semula rumah ibadat tersebut dalam tempoh dua minggu selain memberi pampasan kepada pemilik rumah ibadat berkenaan.

Mereka juga meminta Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memohon maaf secara terbuka kepada masyarakat India berhubung isu merobohkan kuil di Selangor yang berlaku sejak 2008. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment