*SOHAIMI (empat dari kiri) berbual dengan rombongan Pemuda UMNO selepas mereka mengadakan pertemuan dengan Ketua Pengarah Insolvensi di Putrajaya semalam.
PUTRAJAYA, ISNIN, 10 Disember, 2012: Pemuda UMNO akan menggunakan media sosial untuk mendapat respons masyarakat mengenai isu muflis menerusi platform Muflis Peluang Kedua yang akan dilancar minggu depan.
Pengerusi Biro Ekonomi dan Pembangunan Usahawan Pemuda UMNO, Datuk Sohaimi Shahadan berkata, melalui ruang yang disediakan menerusi blog, Facebook dan Twitter itu, orang ramai boleh menyalurkan idea dan pandangan mengenai kajian semula Akta Bankrap 1967.
“Selain itu, satu forum mengenai isu muflis juga akan diadakan pada Januari ini,” katanya selepas mengadakan pertemuan dengan Ketua Pengarah Insolvensi, Rohana Abd. Malek di sini semalam.
Menurutnya, langkah itu diambil memandangkan ramai golongan muda yang muflis enggan tampil bagi mencari penyelesaian dan akhirnya menyusahkan diri sendiri. - Kosmo

No comments:
Post a Comment