My Add

Saturday 8 December 2012

Penduduk India Selangor marah

Oleh ABDUL YAZID ALIAS
*SEBAHAGIAN daripada 300 penduduk keturunan India yang berarak dan berhimpun di hadapan pintu masuk Bangunan Setiausaha Kerajaan, di Shah Alam, Selangor, semalam. - UTUSAN/Mohd. Shaharani Saibi
SHAH ALAM, JUMAAT, 07 DisEMBER, 201: Hampir 300 penduduk keturunan India marah dengan kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor yang dikatakan membohongi mereka berhubung isu rumah ibadat penganut Hindu di negeri ini.

Mereka yang berarak dan berhimpun di hadapan pintu masuk Bangunan Setiausaha Kerajaan (SUK) hari ini menyatakan rasa tidak puas hati selain mempersoalkan pentadbiran kerajaan negeri yang merobohkan beberapa kuil dan tempat ibadat penganut agama itu.

Tindakan itu dikatakan bertentangan dengan janji yang dibuat oleh PKR, DAP dan Pas bahawa tiada rumah ibadat akan dirobohkan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment