My Add

Monday 24 December 2012

Penduduk kawasan rendah Kelantan dinasihat sedia hadapi banjir

KOTA BAHARU, AHAD, 23 Disember, 2012: Penduduk yang tinggal di kawasan rendah terutama di tebing sungai di Kelantan dinasihat mula bersiap sedia untuk menghadapi segala kemungkinan akibat banjir.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan, Azmi Osman berkata ini berikutan hujan yang berterusan sejak seminggu lepas dan paras air sungai utama dilaporkan mula meningkat.

"Saya nasihatkan mereka mula bersiap sedia dan jika tiba masanya untuk berpindah jangan tunggu sehingga diarahkan berbuat demikian.

"Keadaan sekarang di Kelantan masih terkawal dan belum ada lagi kawasan yang mula ditenggelami air," katanya.

Banjir mula landa Terengganu, 92 mangsa dipindah di Dungun

DUNGUN 23 Dis. - Sebanyak 92 penduduk membabitkan 16 keluarga dari tiga buah kampung di daerah ini dipindahkan ke tiga pusat penempatan sementara, selepas banjir melanda kawasan rumah mereka sejak malam semalam.

Tujuh daripada keluarga terbabit meliputi 39 orang yang tinggal di kawasan Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) Kampung Bukit Gendut, Pulau Serai dipindahkan ke Sekolah Rendah Pulau Serai pukul 9 malam tadi.

Enam keluarga dengan 33 mangsa dari Kampung Tanjung Pagar Lima dan tiga keluarga membabitkan 20 orang dari Kampung Seberang Pintasan dipindah ke balai raya kampung masing-masing.

Menurut Anggota Parlimen Dungun Datuk Matulidi Jusoh yang ditemui selepas melawat mangsa di pusat pemindahan hari ini, banjir berlaku selepas hujan lebat di daerah itu sejak 6 pagi semalam.

Selain itu, limpahan air Sungai Pimpin juga menyebabkan kawasan PPRT Bukit Gendut dilanda banjir, katanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment