My Add

Tuesday 25 December 2012

Penduduk Taman Restu kutip RM5,163.50 untuk Gaza

 *PENGERUSI Skuad 1Malaysia Daerah Kota Setar dan Pokok Sena, Shahiful Shahrur (kiri) menyampaikan replika cek Tabung Untukmu Gaza berjumlah RM5,163.50 kepada Abdul Wahab Yahya (kanan) sambil disaksikan Othman Abdul (tengah) di Taman Restu, Kuala Kedah, baru-baru ini.
ALOR SETAR, ISNIN, 24 Disember, 2012: Penderitaan penduduk Palestin di Gaza terus mendapat perhatian rakyat negara ini termasuk penduduk Taman Restu Kuala Kedah dekat sini yang menganjurkan program Untukmu Gaza.

Program itu berjaya mengumpul derma sebanyak RM5,163.50 yang disampaikan kepada Pertubuhan Aqsa Syarif Berhad untuk disalurkan kepada umat Islam di Gaza.

Penyerahan replika cek sumbangan berkenaan disempurnakan oleh Naib Presiden Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak), Datuk Othman Abdul kepada wakil Aqsa Syarif Kedah, Abdul Wahab Yahya di kawasan perumahan tersebut kelmarin. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment