My Add

Tuesday 25 December 2012

Penebangan balak beri kesan kepada penduduk

ALOR SETAR, ISNIN, 24 Disember, 2012:- Kegiatan pembalakan berhampiran Tasik Pedu oleh Kerajaan Pas Kedah atas alasan untuk dijadikan ladang rakyat akan memberi kesan buruk dalam jangka masa panjang kepada rakyat setempat.

Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, penebangan balak tersebut tidak mendapat kelulusan daripada Jabatan Alam Sekitar (JAS) yang bertanggungjawab dalam meluluskan aktiviti penebangan balak bagi memastikan ia tidak memberi kesan kepada alam sekitar.

Katanya, kesan daripada kegiatan pembalakan di Tasik Pedu yang merupakan kawasan tadahan akan menyebabkan berlaku hakisan tanah berhampiran sungai dan mungkin berlakunya banjir lumpur di kawasan rumah berhampiran.

"Dalam media Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak selalu cakap dah dapat kelulusan sedangkan isu pembalakan ini tidak mengikut prosedur yang betul," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Mahdzir berkata beliau turut kecewa kerana kerajaan negeri gagal memperjelaskan kepada rakyat sama ada jawatankuasa teknikal yang menguruskan soal pembalakan wujud ataupun tidak kerana Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada) tidak pernah diajak berbincang. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment