My Add

Wednesday 19 December 2012

Penerbit tempatan digesa giat hasil produk animasi menarik

KUALA LUMPUR, SELASA, 18 Disember, 2012: Syarikat penerbitan tempatan digesa mempergiatkan penghasilan produk animasi menarik bagi menambat pasaran antarabangsa seperti yang dibuktikan melalui filem dan siri kartun terkenal, Upin dan Ipin.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, ini kerana kejayaan sesebuah animasi boleh membawa keuntungan besar kepada pengeluar serta negara.

Untuk itu, kata beliau, filem animasi tempatan perlu diperkuatkan dengan nilai serta budaya setempat bagi memastikan sesebuah terbitan mendapat tempat di hati para penggemar animasi domestik dan luar negara.

"Upin dan Ipin sudah menjadi tradisi kita dan digemari dari Jakarta (Indonesia) sehinggalah ke Dubai (Emiriah Arab Bersatu).

"Apa kata kalau (lagenda) Hang Tuah dijadikan kartun ataupun kartun seperti (tema) tiga sekawan merangkumi Melayu, Cina dan India, boleh jadi cinta, konflik, pengembaraan atau sebagainya tetapi pada akhirnya sesuatu yang baik," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment