My Add

Tuesday 11 December 2012

Penerima Pencen Ilat, Hilang Upaya Kekal tidak perlu kemuka perakuan

KUALA LUMPUR, SELASA, 11 Disember, 2012: Mulai Januari 2013, penerima Pencen Ilat dan Faedah Hilang Upaya Kekal (BERKALA) Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) tidak perlu lagi mengemukakan Perakuan Tahunan melalui Borang 117 seperti yang diamalkan sebelum ini.

Perkeso dalam satu kenyataan hari ini memberitahu, peraturan baru itu akan memudahkan seramai 41,384 orang penerima Pencen Ilat dan 18,167 penerima Faedah Hilang Upaya Kekal (BERKALA) yang sebelum ini perlu membuat pengisytiharan setiap tahun, untuk terus menerima pencen dan faedah daripada Perkeso.

Bagaimanapun, peraturan baru itu tidak terpakai bagi pnerima Pencen Penakat dan Faedah Orang Tanggungan yang perlu terus mengemukakan pengisytiharan kelayakan mereka setiap akhir tahun melalui Borang 117. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment