My Add

Tuesday 4 December 2012

Pengarah syarikat sarang burung dijel, denda

SHAH ALAM, ISNIN, 03 Disember, 2012: Seorang ahli perniagaan dihukum penjara sehari dan denda RM145,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini setelah mengaku bersalah mengambil deposit tanpa lesen daripada orang awam melalui skim pelaburan sarang burung berjumlah lebih RM2.3 juta.

Hukuman tersebut turut dijatuhkan setelah pemilik syarikat Golden Nest Properties International (M) Bhd. (GNPIB), Datuk Wong Sen Chiew membuat pengakuan yang sama atas 28 dakwaan pengubahan wang haram hasil pelaburan berkenaan antara 2008 dan 2009.

Hakim Mat Ghani Abdullah menjatuhkan hukuman tersebut selepas mempertimbangkan hujah Timbalan Pendakwa Raya, Mardziatun Nisa Ahamadul Kaber dan rayuan peguam bela, S. Prakash yang mewakili tertuduh.

Sen Chiew didakwa telah memperdaya orang awam untuk menyertai skim pelaburan perusahaan sarang burung yang menjanjikan pulangan lumayan sehingga menyebabkan mereka membayar wang ke dalam akaun syarikatnya berjumlah RM2,370,423.08. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment