My Add

Monday 24 December 2012

Pengawal keselamatan didakwacederakan warga Myanmar  

PETALING JAYA, ISNIN, 23 Disember, 2012: Seorang pengawal keselamatan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan mencederakan seorang warga Myanmar dengan pisau ketika menyamun wang tunai berjumlah RM1,500 milik mangsa, 10 hari lalu.

K.Sinatambi, 19, dari Sentul, didakwa bersama seorang lelaki yang masih bebas melakukan perbuatan itu terhadap Nay Kyaw, 25, di sebuah kafe siber di Jalan Puteri 5/7, Bandar Puteri, Puchong pada kira-kira jam 6.50 petang 14 Disember lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan boleh juga didenda atau disebat, jika sabit kesalahan.

Hakim Hayatul Akmal Abdul Aziz membenarkan Sinatambi diikat jamin sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 23 Januari untuk sebutan kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Dhiya Syazwani Izyan Mohd Akhir manakala Sinatambi tidak diwakili peguam. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment