My Add

Tuesday 11 December 2012

Pengedar dadah lempar bom tangan

Oleh AMIZUL TUNIZAR AHMAD TERMIZI
 
 *POLIS memeriksa bahan bukti selepas seorang pengedar dadah mati ditembak 
di Jalan Semanggol, berhampiran simpang masuk ke Bukit Merah Laketown 
Resort di Bagan Serai, Perak, semalam.

IPOH, ISNIN, 10 Disember, 2012: Seorang pengedar dadah mati ditembak selepas gagal meloloskan diri dan melemparkan sebutir bom tangan ke arah polis yang mengejarnya sejauh 25 kilometer di Jalan Semanggol, berhampiran simpang masuk ke Bukit Merah Laketown Resort di Bagan Serai hari ini.

Dalam kejadian berbalas tembakan kira-kira pukul 10.30 pagi itu, tiga anggota polis yang mengekori suspek berusia 42 tahun tersebut bernasib baik apabila bom tangan yang dilempar itu tidak meletup.

Menurut sumber polis, suspek melarikan diri dengan menaiki sebuah kereta Honda Accord ketika sepasukan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Taiping cuba menahannya di rumahnya di Kampung Dew, Taiping. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment