My Add

Saturday 22 December 2012

Pengeluaran padi di lembah utara Perlis meningkat sekali ganda

KANGAR, SABTU, 22 Disember, 2012: Pengeluaran padi di lembah utara Perlis kini meningkat berikutan pelaksanaan pelbagai program pertanian di samping sistem penyampaian kerajaan kepada pesawah, kata Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) Perlis Shaidan Nordin.

Beliau berkata, purata pengeluaran padi di kawasan kendalian LPP itu kini sekitar 4.5 tan metrik sehektar berbanding 2.5 tan metrik sehektar kira-kira 10 tahun lalu.

Shaidan yang ditemui selepas program turun padang di kawasan Mata Ayer dekat sini hari ini berkata, paling memberansangkan ada kawasan yang mencapai pengeluaran sehingga 7 tan metrik sehektar.

"Ini bukan sahaja kerana kegigihan pesawah tetapi turut dijana oleh sistem penyampaian kerajaan termasuk subsidi baja yang menyuburkan tanaman padi," katanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment