My Add

Wednesday 19 December 2012

Pengendali AES dibenar semak keputusan MPS

KUALA LUMPUR, RABU, 19 Disember, 2012: Syarikat pengendali Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES), Beta Tegap Sdn. Bhd. hari ini diberi kebenaran untuk semakan kehakiman bagi mencabar keputusan Majlis Perbandaran Sepang (MPS) meruntuhkan dua tiang AES.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Zaleha Yusof membuat keputusan tersebut di dalam kamar di sini dengan dihadiri peguam Alex De Silva, mewakili syarikat tersebut dan peguam M. Indrani serta K. Kandiah bagi pihak MPS.

Alex memberitahu pemberita bahawa Hakim Zaleha memerintahkan supaya MPS tidak mengambil sebarang tindakan sementara menunggu keputusan mahkamah.

Katanya, mahkamah menetapkan 6 Februari tahun depan untuk pengurusan kes dan 14 Februari sebagai tarikh perbicaraan.

Pada 12 Disember lalu, syarikat Beta Tegap memfailkan permohonan kebenaran semakan kehakiman untuk memohon perintah certiorari bagi membatalkan keputusan MPS. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment