My Add

Thursday 20 December 2012

Pengguna PLUS bayar secara elektronik nikmati 20% rebat Krismas

KUALA LUMPUR: Pengguna Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) yang membayar tol secara elektronik akan menikmati rebat tol sebanyak 20 peratus sempena cuti perayaan Hari Krismas, Selasa ini.

Ketua Pegawai Operasi PLUS Malaysia Berhad, Mohammad Fuad Khusairi, berkata pemberian rebat itu adalah satu daripada langkah PLUS meraikan sambutan Hari Natal dan sebahagian daripada strategi syarikat untuk mengagihkan trafik serta menggalakkan orang ramai bergerak pada hari bukan puncak.

"Pengguna yang membayar tol menggunakan sistem elektronik seperti kad PLUSMiles, kad Touch n Go dan SmartTag akan menikmati rebat itu, rebat tol ini boleh dinikmati sepanjang hari serta tidak terhad pada tempoh masa tertentu sahaja," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata, pengguna yang layak menikmati kemudahan itu boleh menuntut rebat tol apabila menambah nilai kad PLUSMiles atau Touch n Go bermula 1 Februari hingga 30 April tahun hadapan di semua pusat khidmat pelanggan di lebuh raya PLUS.

Katanya, rebat itu tidak diberikan kepada pengguna yang membayar tol di Plaza Tol Tanjung Kupang, Bukit Kayu Hitam, Bangunan Sultan Iskandar dan Jambatan Pulau Pinang.

"Kami menggesa orang ramai membuat persediaan menambah nilai kad PLUSMiles atau Touch n Go lebih awal dan membayar tol secara elektronik sebagai langkah untuk mempercepatkan transaksi tol serta membolehkan mereka melalui plaza tol dengan lebih cepat," katanya

PLUS menjangkakan jumlah trafik akan meningkat sebanyak 25 peratus kepada 1.5 juta kenderaan setiap hari di Lebuhraya Utara-Selatan pada musim cuti yang akan datang. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment