My Add

Thursday 6 December 2012

Pengurus besar agensi pekerja asing direman

KLANG, KHAMIS, 06 Disember, 2012: Seorang pengurus besar sebuah agensi pekerja asing direman selama dua hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes pemerdagangan manusia yang dibongkar Jabatan Imigresen di Bandar Baru Klang di sini Sabtu lalu.

Perintah tahanan reman terhadap suspek yang berusia 49 tahun dikeluarkan Majistret Suhaimah Mohd. Nor di Mahkamah Majistret Klang di sini pukul 2 petang ini.

Lelaki itu merupakan suspek ke-13 yang tahan berhubung kes pemerdagangan manusia yang melibatkan 105 wanita warga asing termasuk dari Indonesia, Kemboja dan Filipina. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment