My Add

Friday 7 December 2012

Pengurus besar direman

Oleh AZIAN AZIZ

*SUSPEK kes pemerdagangan manusia (tutup muka) dibawa pegawai imigresen untuk mendapatkan tahanan reman di Mahkamah Majistret Klang, semalam.

KLANG, KHAMIS, 06 Disember, 2012: Seorang pengurus besar sebuah agensi pekerja asing direman selama dua hari berkuat kuasa hari ini bagi membantu siasatan kes pemerdagangan manusia yang dibongkar oleh Jabatan Imigresen di Bandar Baru Klang di sini Sabtu lalu.

Perintah tahanan reman terhadap suspek yang berusia 49 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret Suhaimah Mohd. Nor mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah di Mahkamah Majistret di sini pukul 2 petang ini.

Lelaki terbabit merupakan suspek ke-13 yang ditahan berhubung kes pemerdagangan manusia yang melibatkan 105 wanita warga asing yang 95 daripadanya rakyat Indonesia, Filipina (6) dan Kemboja (4). - UTUSAN

No comments:

Post a Comment