My Add

Wednesday 12 December 2012

Peniaga buah rentung vas terbabas dan terbakar

JASIN, SELASA, 11 Disember, 2012: Seorang peniaga buah-buahan rentung selepas van dipandunya terbabas dalam parit dan terbakar di Kilometer 32, Jalan Ghaffar, Sungai Rambai di sini awal pagi ini.

Kamal Abd. Kadir, 43, yang selesai berniaga di Klebang dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Taman Muhibbah, Merlimau kira-kira pukul 3.45 pagi sebelum terlibat dalam nahas itu.

Mangsa berseorangan memandu van jenis Nissan Vanette yang membawa muatan buah-buahan, mesin generator dan peralatan berniaga.

Menurut jurucakap polis, kenderaan dipandunya dipercayai gagal dikawal sebaik sahaja melalui satu selekoh dan terbabas ke dalam parit menyebabkan kaki mangsa tersepit.

“Bapa kepada empat anak itu dikatakan cuba keluar dari kenderaannya namun gagal dan dia maut selepas van dipandunya itu terbakar.

“Sepasukan anggota bomba dan penyelamat berjaya memadamkan kebakaran van dan mengeluarkan mayat mangsa sebelum dibawa ke Hospital Jasin untuk bedah siasat," kata jurucakap itu ketika dihubungi hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment