My Add

Saturday 22 December 2012

Peniaga makanan haiwan cedera ditetak penjenayah

BACHOK, JUMAAT, 21 Disember, 2012: Kes tetak di negeri ini bagaikan tiada kesudahan. Selepas kejadian tiga lelaki ditetak dengan kelewang di Kubang Kerian kelmarin, selang dua hari kemudian kes seperti itu berulang.

Terbaharu, seorang peniaga kedai makanan haiwan terpaksa menahan kesakitan dan memandu dalam keadaan berlumuran darah ke hospital selepas ditetak seorang perompak awal pagi ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.30 pagi, Mohd. Kamaruzaman Ibrahim, 45, berasal dari Tawang di sini hampir putus telinga kiri dan cedera di tangan kiri dan kepala.

Mangsa memberitahu, kejadian berlaku begitu pantas ketika dia mahu pulang ke rumah sebaik sahaja menutup kedainya di Bukit Marak.

"Sewaktu saya berjalan ke arah kereta, seorang lelaki tiba-tiba muncul dan menyembur muka saya dengan penyembur lada. Saya jadi panik dan cuba melarikan diri. Ketika itu dia melibas saya dengan parang. Dalam keadaan cemas saya berusaha mempertahankan diri. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment