My Add

Saturday 15 December 2012

Peniaga pasar Tok Jalai tertekan

Oleh NORLIDA AKMAR IDROS

 *KEBANYAKAN peniaga di pasar pagi Tok Jalai mendakwa mengalami kerugian akibat
peraturan baharu MDKP.

JITRA, JUMAAT, 14 Disember, 2012: Seramai 365 peniaga pasar pagi Tok Jalai di sini tertekan dengan arahan Majlis Daerah Kubang Pasu (MDKP) yang mengurangkan tempoh jam mereka berniaga dan mendakwa ia punca kerugian sejak minggu lalu.

Rata-rata peniaga mengeluh kerana arahan itu hanya membenarkan mereka berniaga kira-kira pukul 10 pagi berbanding operasi biasa pukul 7 pagi.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Peniaga, Mohd. Naim Ismail, 37, berkata, peniaga terpaksa menunggu sehingga sekumpulan penguat kuasa yang membuat kawalan beredar sebelum boleh membuka perniagaan masing-masing.

“Ini menyebabkan peniaga menanggung kerugian sehingga ratusan ringgit kerana kehilangan pelanggan,” dakwanya ketika ditemui di sini semalam.

Katanya, MDKP dalam surat bertarikh 3 Oktober lalu mengarahkan semua peniaga berpindah ke tapak baharu di Taman Sri Aman berikutan pembinaan satu projek perumahan berhampiran pasar tersebut.

“Bagaimanapun, peniaga membantah dan satu pertemuan dengan pihak pemaju perumahan dibuat yang mana kedua-dua pihak itu membenarkan kami berniaga di sini tetapi apa yang menghairankan, MDKP terus menghalang kami daripada berniaga,” ujarnya. - KOSMO

No comments:

Post a Comment