My Add

Friday 14 December 2012

Penjaja MR1M bakal nikmati pinjaman

PUTRAJAYA, JUMAAT, 14 Disember, 2012: Golongan penjaja dan peniaga kecil yang memilih Menu Rakyat 1Malaysia (MR1M) akan diberikan keutamaan untuk menikmati dana pinjaman tanpa faedah berjumlah RM50 juta yang bakal diagihkan mulai tahun depan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, langkah itu perlu bagi membolehkan lebih ramai masyarakat negara ini, khususnya berpendapatan rendah berpeluang menikmati menu tersebut.

Bagaimanapun, beliau berkata, para penjaja dan peniaga kecil yang seramai 1.5 juta itu perlu memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh kerajaan dan bank. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment